Kamis, 06 Oktober 2011

Agama Budha = Agama Islam

NAMA : VENNY SAGITA

KELAS : 4EB01

NPM : 21208254

Semua Agama yang ada di dunia ini adalah sama, dimana sebagai sesama manusia kita harus saling menghargai, oleh karena itu sebagai manusia kita harus memiliki etika serta etiket.

Di dalam blog ini penulis ingin memberi gambaran mengenai teori etika dari sudut pandang agama. Dima penulis ingin memberi gambaran mengenai 2 agama yang berbeda yaitu Agama Budha dan Agama islam.

Buddha mengajarkan dan mengharuskan bahawa setiap makhluk yang mempnyai perasaan memiliki akal atau kesadaran yang sifat asasnya adalah murni, tidak tercemar oleh pemesongan mental, kemunafikan, iri serta dengki. Kita dapat melihat sifat ini adalah tidak baik dan tidak sesuai dengan filosofi agama.

Dari sudut pandang ini, setiap makhluk hidup selalu berupaya untuk mencapai kesempurnaan. Dan juga, karana sifat akal adalah murni, bahwa semua aspek negatif pada akhirnya akan dapat dihapuskan darinya. Apabila sikap mental kita positif, tindakan-tindakan negatif dari tubuh dan ucapan akan berhenti dengan sendirinya. Kerana kita percaya bahawa setiap makhluk mempunyai perasaan dan mempunyai potensi tersebut, semua makhluk adalah sama; setiap orang berhak mendapat kebahagiaan dan mengatasi penderitaan. Cara hidup Buddhis pada keseluruhannya adalah berdasarkan prinsip menghormati kesejahteraan sesama makhluk. Itu merupakan sistem yang didasarkan pada amalan belas kasih sayang.

Dari sisi agama islam yang saya dapat dari rekan-rekan serta teman-teman mereka menjelaskan kepada saya bahawa Allah bersifat penyayang dan penuh belas kasihan, setiap Muslim yang taat adalah pada hakikatnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada ideal kasih sayang yang meliputi sekelian alam. Ini bermakna bahawa kasih sayang Tuhan melimpah melalui segala tindakan orang-orang yang beriman. Amalan seperti ini jelas merupakan cara untuk memurnikan pemikiran dan nampaknya selari dengan apa yang dikatakan oleh Sang Buddha sendiri, betapa pentingnya menjalani hidup dengan cara yang beretika lagi penuh belas kasih sayang. Dengan demikian, dari sudut pandang Buddhisme, amalan Islam adalah jelas sebagai suatu jalan kerohanian yang boleh mencapai keselamatan.

Jelas sekali bahawa kasih sayang merupakan intipati ajaran agama, baik Islam maupun Buddhisme, seperti juga ia merupakan intipati ajaran tradisi keagamaan agung yang lain. Adalah harapan saya bahawa pengiktirafan prinsip asas yang dikongsi bersama ini akan menjadi asas bagi penganut-penganut agama Islam dan Buddha mengatasi rasa kewaspadaan terhadap satu sama lain lalu memupuk persahabatan yang bermanfaat berdasarkan sikap saling mempercayai. Sudah sampai masanya bagi para penganut agama-agama utama dunia bekerja sama untuk mewujudkan dunia yang lebih damai serta penuh dengan kasih sayang